SADIS : VIDEO PESAKIT MAIN GITAR KETIKA DIBEDAH | Sebuah hospital semalam mencipta sejarah kerana menyiarkan secara langsung pembedahan otak pesakit mereka melalui kemudahan perkongsian video terkini Twitter, Vine.
Melalui siaran langsung itu, orang ramai dapat melihat Brad Carter, 39, gembira memetik gitar di atas katil ketika doktor membedah kepalanya.
Dalam pembedahan itu, pakar bedah memasukkan perentak (pacemaker) ke otak Carter bagi mengatasi kesan penyakit Parkinson dialaminya. Tidak sesuai untuk orang yang lemah semangat, tweet mengenai pembedahan itu turut disertakan dengan video memaparkan setiap tahap prosedur berkenaan.
[click to continue…]
Kategori: LAIN-LAIN
KREATIF : BAJU DENGAN KENDONG BAYI DIREKA KHAS UNTUK IBU | Lalabu ialah sebuah t-shirt yang mempunyai kendong terbina dalam untuk mendukung bayi. Ianya rekaan dua orang pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat yang mahu mengendong bayi mereka dengan lebih selesa. Kendong bayi apabila tidak digunakan kelihatan seperti fabrik baju biasa. Lalabu mendapat inspirasi dari cara ibu ibu di Sierra Leone mengondang bayi mereka. Buat masa ini Lalabu masih mengumpul dana untuk menjadikannya realiti. Idea yang bernas!

[click to continue…]
Kategori: LAIN-LAIN
WOW : PAKEJ SHISHA DI DALAM PESAWAT EMIRATES | Jun hadapan syarikat penerbangan Emirates Airlines akan membuka ruang menghisap Shisha di atas pesawat Airbus A380 milik mereka. Ruang menghisap shisha ini dibuka hanya untuk penumpang kelas pertama dan kelas perniagaan. Menurut laporan media, buat masa ini ruang shisha ini akan diperkenalkan untuk laluan udara ke Dubai terlebih dahulu dan sekiranya mendapat sambutan akan diperkenalkan pada laluan udara yang lain.
Penumpang boleh menempah perisa shisah sebelum menaiki pesawat dan ruang shisha akan dibuka selepas penumpang makan. Idea membuka ruang menghisap shisha ini diterima oleh Emirates selepas ada penumpang timur tengah berkata mereka mahu menghisap shisha di dalam kapal terbang. Ianya semestinya perkhidmatan yang unik hanya Emirates Airlines.
Sumber Asal: Here
Kategori: LAIN-LAIN